Monday, July 14, 2014


Konsep zaman Jahiliyah

  • Jahiliyah berasal daripada perkataan "jahala" dan kata terbitan bagi "jahalun" yang bermaksud bodoh atau sesat.
  • Kitab suci al-Quran menunjukkan bahawa ciri-ciri masyarakat jahiliyah dapat digolongkan kepada kepada empat ciri iaitu zaman tiada nabi dan kitab suci yang menjadi panduan, zaman masyarakatnya yang sombong, bongkak dan tidak berakhlak, zaman manusianya yang tidak tahu menulis dan membaca dan masyarakatnya yang tidak ada peradabandan tamadun. 
  • keempat-empat zaman ciri ini terdapat pada masyarakt arab dan zaman sebelum kedatangan islam dan dapat dikatakan bahawa masyarakat arab pada zaman tersebut sebagai masyarakat jahiliyah
  • Jahiliyah merupakan satu sistem yang mengatur dan mencorak kehidupan manusia tanpa merujuk kepada islam sebagai panduan.
  • masyarakat jahiliyah bukan hanya terhad kepada masyarakat Arab sebelum kebangkitan Nabi Muhamad saw, malah terdapat di sepanjang zaman 

Saturday, January 25, 2014

PARTI-PARTI POLITIK MELAYU MENJELANG KEMERDEKAAN:
 
1. PERIKATAN:

  • UMNO
    • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1946)
    • Diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar
    • menentang malayan union dan menyatupadukan orang melayu
    • berjuang utk mendapatkan kemerdekaan
  • MCA
    • Persatuan Cina tanah melayu (1949)
    • Diasaskan oleh Tan Chen Lock
    • melindungi kepentingan orang cina dan bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kemerdekaan
  • MIC
    • Kongres India Tanah Melayu (1946)
    • Diasaskan oleh  John Thivy
    • Diasaskan untuk mendapatkan kerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kemerdekaan
2. PARTI RADIKAL:

  • Parti Komunis Malaya (PKM)
    • Parti yang tertua di tanah melayu
    • ingin mencapai kemerdekaan melalui revolusi
    • berhasrat untuk menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
    • angkatan wanita sedar ditubuhkan pada tahun 1946
    • diasaskan oleh Shamsiah Fakeh
    • perjuangan kemerdekaan dipengaruhi oleh perjuangan nasionalis di Indonesia
  • Angkatan Pemuda Insaf (API)
    • Diasaskan pada 1946
    • diasakan oleh Ahmad Boestamam
    • perjuangan utama untuk mencapai kemerdekaan bersama indonesia dan membentuk melayu raya
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
    • Diasaskan oleh Dato' Burhanudin Al-Helmi
3. BUKAN PERKAUMAN:

  • PAS
    • Parti islam Se-Malaya (1951)
    • Diasaskan oleh oleh Ahmad Fuad Hassan 
    • memperjuangkan islam sebagai agama rasmi
  • HIZBUL MUSLIMIN
    • Hizbul Muslimin(1948)
    • diasaskan oleh Abu Bakar
    • berjuang untuk menubuhkan satu kerajaan islam ditanah melayu
  • Parti Malaya Merdeka(IMP)
    • Diasaskan pada tahun 1951
    • diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar setelah keluar daripada UMNO
    • Memperjuangkan kemerdekaan dalam 10 tahun
  • Parti Negara
    • pada tahun 1954
    • diasaskan oleh Dato'Onn setelah IMP dibubarkan pada tahun 1953 apabila tidak mendapat sokongan
    • memperjuangkan kemerdekaan selama 5 tahun
Diharap ruangan ini dapatlah sesuatu yang bermanfaat dan berguna terhadap korang!!

Sunday, January 19, 2014

Terlintas dalam benak fikiran ini, sejarah masa lampau kesultanan Melayu Melaka yang pernah pada suatu masa dahulu mencapai zaman kegemilangan dengan tertubuhnya empayar yang besar dan disegani oleh kerajaan-kerajaan lain dunia....kita bersyukur kerana adanya sebuah kerajaan dinegara kita yang mencapai zaman kegemilangan yang dipimpin oleh pemimpin kita sendiri. Namun, adab dunia ini, ada kalanya kita mencapai masa kegemilangan dan adakalanya sesebuah kerajaan mencapai zaman keruntuhan. Begitu pula, dengan kerajaan melaka yang telah mencapai kegemilangannya tetapi kerajaan itu akhirnya di kuasai oleh kerajaan yang lebih besar. Mari kita sama-sama segarkan fikiran ini untuk mengingat kembali peristiwa penting dalam sejarah negara kita dari zaman empayar melaka sehingga ke tahun kemerdekaan Malaysia dari tangan penjajahan portugis pada tahun 1511-1641, Belanda 1641-1795, British 1795-1941 dan Jepun pada tahun 1942-1945. Setelah itu PKM mengambil-alih pemerintahan selama 14 hari dan British kembali menguasai pada bulan september 1945 sehingga negara mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1957: Berikut adalah peristiwa pentin negara kita...
  1. 1511- melaka ditawan oleh portugis
  2. 1528- Sultan Mahmud Syah mangkat dikampar       
  3. 1528-kesultanan melayu Johor diasaskan oleh sultan Alaudin Riayat Syah ii di sg sayong
  4. 1537- Acheh menyerang portugis di melaka tetapi gagal
  5. 1606- acheh mencapai zaman kegemilangannya dan sultan iskandar mahkota alam ditabalkan sebagai            raja
  6. 1636- sultan thani menggantikan sultan iskandar mahkota alam
  7. 1641- belanda dibantu oleh johor mengalahkan portugis di melaka
  8. 1783- selangor di bawah sultan ibrahim menyerang belanda di melaka
  9. 1786- pulau pinang dibuka oleh Francis Light yang berbangsa inggeris
  10. 1791- penyerahan seberang perai kepada british
  11. 1819- pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles
  12. 1824- perjanjian Inggeris-Belanda
  13. 1826- pembentukan negeri2 selat( singapura, pulau pinang dan melaka)
  14. 1831-1832- pemberontakan penghulu Dol Said terhadap british di naning
  15. 1832-pemindahan pusat NNS dari p.pinag ke singapura
  16. 1841- sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai wakilnya disarawak
  17. 1846-pulau labuan jatuh ke tangan british
  18. 1865-sultab brunei menganugerahkan kawasan pantai barat sabah kepada pedagang amerika, C.L   Mosses yang menjualnya kepada William Torrey yang telah menjualnya kepada Baron Von Overbeck
  19. 1874-perjanjian pangkor, perka menerima JWW Birch
  20. 1895- JWW Birch dibunuh di pasir salak
  21. 1881- kerajaan british memberi piagam dan syarikat berpiagam ditubuhkan
  22. 1896- penubuhan negeri-negeri melayu bersekutu iaitu gabungan perak, selangor, pahang dan sungai              ujong
  23. 1909- perjanjian Bangkok-siam
  24. 1942-1945- jepun menguasai negara kita
  25. 1945-1957-british kuasai semula
  26. 1957- semenajung malaysia merdeka
  27. 1963- pembentukan malaysia
setakat itu, diharapkan dari sedikit maklumat ni akan membantu rakan-rakan yang ada diluar sna untuk memperolehi maklumat yang penting berkaitan dengan negara kita...ingat kita perlu mengetahui asal-usul negara kita..barulah kita ada jati diri yang kukuh dan tidak mudah terpedaya oleh pengaruh luar...jangan pula kita mengulangi kesalahan yang sama seperti empayar melaka yang telah runtu kerana pemimpim yang tidak bersatu-padu...perpaduan teras kejayaan...sekian,