Monday, July 14, 2014


Konsep zaman Jahiliyah

  • Jahiliyah berasal daripada perkataan "jahala" dan kata terbitan bagi "jahalun" yang bermaksud bodoh atau sesat.
  • Kitab suci al-Quran menunjukkan bahawa ciri-ciri masyarakat jahiliyah dapat digolongkan kepada kepada empat ciri iaitu zaman tiada nabi dan kitab suci yang menjadi panduan, zaman masyarakatnya yang sombong, bongkak dan tidak berakhlak, zaman manusianya yang tidak tahu menulis dan membaca dan masyarakatnya yang tidak ada peradabandan tamadun. 
  • keempat-empat zaman ciri ini terdapat pada masyarakt arab dan zaman sebelum kedatangan islam dan dapat dikatakan bahawa masyarakat arab pada zaman tersebut sebagai masyarakat jahiliyah
  • Jahiliyah merupakan satu sistem yang mengatur dan mencorak kehidupan manusia tanpa merujuk kepada islam sebagai panduan.
  • masyarakat jahiliyah bukan hanya terhad kepada masyarakat Arab sebelum kebangkitan Nabi Muhamad saw, malah terdapat di sepanjang zaman