1.0 PENGENALAN
Tugasan
ini dilaksanakan bagi mencapai beberapa hasil pembelajaran seperti menjelaskan
tentang latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan tamadun
bangsa-bangsa di dunia seperti Tamadun Cina, India, Jepun dan Islam seterusnya
mewujudkan hubungan yang mesra dan harmonis di kalangan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
Tugasan ini akan menjelaskan dengan
lebih terperinci tentang pengaplikasian ilmu pengetahuan dan ketahanan diri
yang membolehkan pelajar mampu menghadapi pergolakan dunia yang semakin hari
semakin mencabar. Di samping itu, pelajar mampu mempamerkan jati diri Malaysia
sebagai sebuah negara majmuk yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka.
Selain itu, dalam tugasan ini juga
akan membincangkan lebih mendalam tentang pengaruh dan peranan peradaban China
khususnya dalam pendidikan terhadap tamadun Malaysia. Disamping itu, juga dalam
tugasan ini akan menerangkan tentang implikasi globalisasi khususnya Negara
kita Malaysia. Dalam kerja kursus ini
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian satu dengan bahagian dua. Dalam
tugasan pertama tugasan berbentuk esei dan tugasan dua pula secara berkumpulan
mencari nota bukti-bukti kewujudan serta
kesan-kesan interaksi sosial tamadun China dan India dalam bentuk power point.
Dalam tugasan pertama pelajar
dikehendaki untuk menjelaskan tentang peranan dan pengaruh yang dimainkan oleh
peradaban China dalam pembentukan tamadun Malaysia khususnya dalam bidang
pendidikan di Negara ini. Selain daripada itu, tugasan pertama juga bagaimana
hegemoni barat dan globalisasi boleh membawa implikasi kepada Negara-negara
kecil yang tidak dominan serta membincangkan implikasi globalisasi terhadap
Negara Malaysia khususnya.
Seterusnya, para pelajar akan dapat melihat pelbagai
bukti kewujudan tamadun-tamadun di dunia dari pelbagai aspek seperti
kebudayaan, kesenian, kepercayaan dan pendidikan. Selain itu, para pelajar juga
dapat melihat pelbagai impak atau kesan yang timbul hasil interaksi tamadun-tamadun
ini.
2.0 PENGARUH TAMADUN CHINA TERHADAP TAMADUN
MALAYSIA KHUSUSNYA DALAM
PENDIDIKAN
Dalam bidang pendidikan,
pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium untuk merealisasikan Wawasan
2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan
sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan supaya
kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam
segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan
pengajaran.
2.1 Kepercayaan Pada Potensi
Manusia Mencapai Kecemerlangan
Dalam konteks ini,
warisan-warisan tamadun China yang relevan dan menarik hati ialah pertama,
kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan
individu atau berkelompok. Tamadun China
percaya bahawa setiap manusia mampu mencapai kecemerlangan dalam kehidupan
mereka sama ada secara individu maupun secara berkelompok. Dalam mencapai
kecemerlangan tamadun China percaya seseorang individu tersebut hendaklah
mempunyai usaha yang gigih dan berterusan.
Demikian pula, dalam Tamadun Malaysia masyarakatnya
percaya terhadap setiap manusia mampu mencapai kecemerlangan sama ada secara
individu maupun secara berkelompok. Masyarakat Malaysia juga percaya untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan setiap individu hendaklah mempunyai usaha
yang gigih dan berterusan dalam kehidupan mereka maupun dalam pendidikan
mereka. Hal ini kerana masyarakat Malaysia terpengaruh dengan pendidikan dalam
tamadun China. Disamping ajaran agama yang rata-ratanya menuntut masyarakat
menimba ilmu pengetahuan (Esa Khalid, 2004)
2.2. Pendidikan Diutamakan
Pengaruh Tamadun China terhadap
Tamadun Malaysia yang kedua ialah pendidikan sentiasa diutamakan. Dalam
pendidikan di negara China dari dahulu sehingga sekarang masyarakatnya amat
mementingkan pendidikan dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana mereka percaya
hanya dengan pendidikan mereka akan dapat maju kehadapan. Selain itu, dalam
tamadun China juga hanya melalui pendidikan sahaja taraf sosial seseorang itu
boleh berubah iaitu dari taraf sosial yang rendah kepada taraf sosial yang
tinggi seperti penjawat awam di negara China.
Manakala, di Malaysia masyarakat dan juga pemerintah amat
mementingkan pendidikan kepada rakyatnya. Dalam pendidikan di Malaysia setiap
individu yang akan mencapai kecemerlangan dalam pendidikan juga akan dipandang
tinggi dalam masyarakat Malaysia. Hal ini kerana hanya mereka sahaja yang bijak
pandai akan lulus dalam peperiksaan. Sehubungan itu, dalam pendidikan di
Malaysia juga sesiapa yang berjaya dalam peperiksaan akan dapat memperbaiki
taraf hidup dan taraf sosial dalam kehidupan mereka.
Dalam pendidikan ini sesiapa sahaja dibenarkan mengambil
pendidikan di sekolah asalkan ianya warganegara Malaysia, tidak kira dia miskin
atau kaya semua individu akan diwajibkan untuk mengambil pendidikan di sekolah.
Sekiranya tidak mereka yang tidak mengambil pendidikan akan dikenakan denda
atau di penjarakan. Jelaslah dalam pendidikan di Malaysia amat mengutamakan
pendidikan kepada masyarakat. Hal ini kerana hanya melalui pendidikan sesebuah
bangsa mencapai kemajuan ( Mahdi bin Shuid, 2013).
2.3 Kepercayaan Bahawa Setiap
Individu harus dan boleh Dididik
Selain itu, pengaruh tamadun
China terhadap tamadun Malaysia dalam pendidikan ialah kepercayaan bahawa
setiap individu harus dan boleh dididik. Dalam pendidikan di tamadun China
mereka juga percaya bahawa setiap masyarakat dan anak-anak harus dan boleh
dididik. Dalam pendidikan di China mereka akan mengajar anak-anak bermula dari
kecil. Dalam masyarakat China untuk melahirkan seseorang yang hebat dalam
sesebuah perkara seseorang itu hendaklah diajar bermula dari kecil sehinggalah
dewasa dan mencapai kematangan.
Sebagai contoh, dalam sukan negara China biasanya
sentiasa akan memenangi acara yang dipertandingkan salah satu acara sukan yang
menjadi lubuk emas negara China ialah sukan Gimnastik dan acara terjun.
Kemenangan yang diperolehi ini tidak mudah dicapai tanpa didikan yang
berterusan dan latihan yang bermula dari kecil lagi. Oleh sebab itu, mereka
sentiasa menjuarai kerana pegangan bahawa setiap individu harus dan boleh
dididik bermula dari kecil.
Menurut Mohd. Liki Hamid (2003), pegangan ini telah
diadabtasikan dalam tamadun Malaysia pada masa kini. Dalam tamadun Malaysia
semua individu diwajibkan untuk dididik iaitu dengan mewajibkan setiap
kanak-kanak yang cukup umur harus dihantar di sekolah untuk mendapat ajaran dan
dididikan daripada para guru di sekolah. Sekiranya terdapat ibu bapa yang tidak
menghantar anak-anak mereka bersekolah maka ibu bapa berkenaan akan dikenakan
denda atau dipenjarakan kerana ingkar terhadap perintah daripada pemerintah.
2.4 Pengajaran Moral Dan
Etika diberikan Keutamaan
Secara umumnya, ajaran yang
dibawa oleh falsafah ini adalah menekankan kepada prinsip moral yang tinggi
seperti kemanusiaan. Kemanusiaan ini
membincangkan nilai-nilai yang perlu ada sebagai manusia yang hidup dalam
dunia. Nilai moral ini juga telah diasimilasikan oleh seluruh masyarakat di
Malaysia. Sebagai contoh, orang yang berkemampuan sering menyalurkan bantuan
kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kehidupan dengan adanya
nilai moral perikemanusiaan yang ada dalam individu yang berkemampuan itu. Ini
seterusnya mengikat hubungan silaturahim yang erat dalam kalangan masyarakat
Malaysia..
Demikian pula, dalam tamadun Malaysia pendidikan yang diberikan
adalah mata pelajaran yang mementingkan nilai moral dan etika sama ada dari
segi bahasa, pergaulan dan sikap mereka terhadap orang lain. Disamping ajaran
agama yang menuntut agar umatnya sentiasa bersopan dan beretika dalam kehidupan
mereka. Pendidikan di Malaysia mementingkan nilai moral dan etika dalam
kalangan pelajar wujud jelas apabila mewujudkan satu subjek yang boleh membantu
pelajar supaya belajar nilai-nilai moral dan etika iaitu subjek Pendidikan
Moral dan pendidikan Islam.
Seterusnya
falsafah Confucius mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan
seseorang. Falsafah ini dapat dilihat dalam Rukun Negara yang kelima iaitu
Kesopanan dan kesusilaan. Rukun Negara ini telah menjadi panduan kepada Negara
Malaysia yang berbilang bangsa supaya sentiasa mengutamakan nilai sopan santun
dalam pertuturan, perlakuan dan pemikiran dalam kehidupan seharian. Ini
seterusnya dapat mengeratkan hubungan serta dapat membentuk persefahaman yang
baik dalam pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Jelaslah pendidikan yang diterapkan di Malaysia adalah terpengaruh
dengan pendidikan Tamadun China.
2.5 Pendidikan
Menggalakan taat kepada Pemerintah
Selain itu, falsafah Confucius
juga dapat dilihat dalam sistem politik Negara Malaysia dimana walaupun
terdapat perbezaan fahaman namun setelah sesebuah parti politik yang
memerintah, rakyat haruslah taat kepada pemerintah tersebut. Manakala
pemerintah tersebut juga haruslah dapat memerintah dengan adil dan saksama. Konsep
tersebut adalah berdasarkan kepada ajaran Confucius dimana beliau menganggap
raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi.
Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan.
Dalam hal ini masyarakat Malaysia hari ini sedikit
sebanyak telah terpengaruh dengan Falsafah Confucius iaitu semua rakyat hendaklah
taat kepada pemerintah. Walaupun pemerintah yang memerintah Negara itu adalah
daripada parti pembangkang maupun parti Barisan Nasional. Sehubungan itu,
pengaruh ini juga jelas kelihatan apabila melihat masyarakat Malaysia yang
majmuk boleh bersatu walapun banyak perbezaan yang didapati antara kaum (Samri
Sainudin, 2003).
Falsafah Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua
keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan
teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus
menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang
mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan
tentera yang kuat. Falsafah Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi
rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.
2.6 Pengaruh Dalam Dasar Pendidikan
Menurut
Mustafa Hj. David (1999), matlamat dalam pendidikan dalam Tamadun China adalah
untuk memilih golongan akademik dan pentadbir melalui peperiksaan yang diadakan
oleh pihak kerajaan China. Terdapat tiga peringkat akademik yang diperolehi
melalui tiga tahap peperiksaan. Sebelum individu boleh menduduki peperiksaan
peringkat Ijazah pertama mereka haruslah lulus dalam peperiksaan bawah.
Demikian pula di Malaysia seseorang yang ingin menyambung ijazah mereka perlu
menduduki peperiksaan SPM atau STPM.
Dalam Tamadun China setelah lulus
dalam peperiksaan peringkat bawah seseorang itu dibenarkan mengambil
peperiksaan ijazah pertama di bandar utama. Ijazah pertama dikenali sebagai
Hsiu Tsai. Di Malaysia mereka yang lulus dalam peperiksaan SPM dan STPM,
Program Asasi dan Matrikulasi sahaja yang layak melanjutkan pelajaran dan
mengambil peperiksaan peringkat Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di semua
Universiti di Malaysia.
Setelah mendapat ijazah pertama
seseorang dalam tamadun China layak mengambil peperiksaan ijazah peringkat
kedua yang di adakan di Ibu kota Provinsi.
Mereka
yang lulus akan dianugerahkan ijazah kedua yang dikenali Chun-Jen. Di Negara
Malaysia juga seseorang yang telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda dengan
kepujian akan layak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau“Master” yang setaraf dengan peperiksaan
ijazah peringkat kedua di China.
Peperiksaan yang paling tinggi ialah
ijazah peringkat ketiga yang dibuat di ibu kota empayar China yang dihadiri
oleh Maharaja China. Mereka yang lulus dalam peperiksaan ini akan dianugerahkan
ijazah yang dikenali sebagai Chin-Shih. Manakala, tiga orang dari kalangan
lulusan Chin-Shih akan dilantik sebagai Chuan Yuan iaitu tiga ahli akademik
terkemuka Empayar China. Di Malaysia peringkat pendidikan tertinggi ialah mencapai
kelulusan Kedoktoran atau Ph.D. Sesiapa yang telah berjaya mendapat Sarjana
mereka boleh menyambung Ph.D dan mereka akan mendapat gelaran “ Doktor”. Ijazah
peringkat ketiga dalam Tamadun China adalah setaraf dengan Doktor Falsafah di
Malaysia. Dalam hal ini, peringkat dalam pendidikan di Malaysia sedikit
sebanyak telah terpengaruh dengan dasar pendidikan yang diamalkan dalam tamadun
China.
2.7 Pengaruh Dalam Institusi Pendidikan
Organisasi
pendidikan dalam masyarakat China boleh dibahagikan kepada dua iaitu sekolah
dan peperiksaan. Sekolah peringkat rendah selalunya diadakan di rumah guru, di
rumah seorang penaung yang kaya di pagoda. Pada zaman pemerintahan Dinasti Chou
Barat, sekolah-sekolah telah diwujudkan untuk kanak-kanak bangsawan ibu Kota
Chou dan Ibu Kota yang lain. Sekolah-sekolah untuk orang biasa juga disediakan
di peringkat kampung.
Di Malaysia juga institusi
pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan Rendah dan Pendidikan
Menengah. Pendidikan rendah dibahagikan kepada semua masyarakat di Negara ini
yang mengambil masa enam tahun untuk menyelesaikan pendidikan di peringkat
rendah. Manakala diperingkat Menengah pula, mengambil masa lima tahun untuk
menghabiskan pengajian mereka. Sekolah untuk anak-anak golongan elit juga
disediakan dalam masyarakat Malaysia. Satu ciri unik institusi di China ialah sistem
peperiksaan awam. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan.
Semasa peperiksaan dijalankan calon-calon dikurung didalam dewan dan tidak
dibenarkan keluar. Selepas menamatkan pengajian pendidikan menengah mereka
boleh mengambil peperiksaan di tiga peringkat iaitu daerah, wilayah dan
metropolitan
Demikian pula dalam tamadun Malaysia peperiksaan yang
dibuat pada peringkat sekolah menengah adalah sangat ketat. Hal ini kerana
terdapat ramai pengawas peperiksaan yang akan mengawas, sekiranya didapati
pelajar tersebut boleh digagalkan dan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan.
Hanya apabila pelajar lulus dalam peperiksaan ini akan berpeluang melanjutkan
pelajaran peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan
Doktor Falsafah.
3.0 IMPLIKASI HEGEMONI DAN GLOBALISASI BARAT TERHADAP NEGARA MALAYSIA.
Menurut kamus Dewan, globalisasi membawa
maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan
manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat Justeru, globalisasi juga perlu dikaji baik dan
buruknya sehingga kita dapat menggunakan aspek positif yang ada untuk menentang
keburukan globalisasi.
3.1 IMPLIKASI NEGATIF GLOBALISASI TERHADAP NEGARA MALAYSIA
Disamping kesan positif
yang diperolehi daripada globalisasi. Kesan negatif juga seringkali timbul
dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Salah satu kesan negatif
yang masyarakat terpengaruh dengan budaya barat oleh masyarakat Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek
kehidupan masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial,
budaya, media serta pemikiran.
3.1.1 Aspek Ekonomi Negara
Implikasinya
dari aspek ekonomi ialah negara-negara membangun akan sentiasa bergantung
kepada Negara Barat kerana mereka kurang mahir dari segi teknologi dan juga
kekurangan tenaga buruh yang mahir. Selain itu, setiap urusan yang dilakukan
akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Hal ini menjadikan negara-negara
membangun sukar untuk mendapat keuntungan yang lebih yang akan digunakan untuk
membangunkan negara masing-masing dan juga untuk menampung keperluan rakyat
mereka.
Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara
negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf
al-Qaradawi, “Sesungguhnya globalisasi hanyalah untuk kebaikan golongan yang
kuat terhadap yang lemah, untuk menguntungkan yang kaya dan untuk memanfaatkan
blok utara yang kaya terhadap blok selatan yang miskin”. Dalam sistem
globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan
terus miskin. Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan
dalam mewujudkan jurang yang besar antara negara blok utara dan blok selatan.
Negara-negara dunia ketiga yang berada dalam blok
selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan
syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada
peminjam. Dalam era globalisasi, negara blok selatan yang masih merangkak tidak
mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Oleh
itu, jelaslah bahawa globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan negara maju
ke atas negara miskin dan sedang membangun seperti Malaysia.
3.1.2 Mempengaruhi Budaya Masyarakat Malaysia
Tamadun
Barat juga mempengaruhi dunia dari aspek budaya. Pelbagai hiburan yang dibawa
dari Barat menyebabkan masyarakat dunia mendewa-dewakan penghibur dari Barat
sebagai idola mereka. Mereka meniru cara pemakaian dan perangai artis-artis
tersebut tanpa menghiraukan pegangan agama.
Hal ini dapat menarik diri mereka ke
kancah maksiat kerana kebanyakan artis dari Barat mempunyai tingkah laku dan
akhlak yang buruk seperti minum arak, merokok, seks rambang, homoseksual dan
sebagainya. Apabila mereka terjebak di dalam kehidupan sebegini, nilai moral
tidak ada lagi dalam diri mereka. Gejala-gejala sosial semakin meningkat dengan
kes pembuangan bayi yang berleluasa kini.
Kesannya juga dapat dilihat dengan
apabila ramai penagih-penagih dadah dari kalangan remaja bagai cendawan tumbuh
selepas hujan apabila gejala ini tidak dapat dibendung. Remaja merupakan
tonggak dan harapan bangsa, jika budaya Barat menjadi ikutan mereka maka punah
ranahlah harapan negara. Jadi pelbagai pihak mestilah mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk membendung budaya dari Barat ini dari terus menguasai
dunia.
Globalisasi bersinonim dengan pengamerikaan dunia. Ia merupakan proses
untuk menjadikan budaya Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Maklumlah
globalisasi dikatakan “Semua Untuk Satu”. Proses ini akhirnya akan merosakkan
budaya lain selain budaya Amerika. Perkara ini tidak menjadi negatif sekiranya
budaya Amerika ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian
manusia dan budaya timur serta agama Islam. Sebaliknya budaya Amerika merupakan
budaya yang kebanyakannya bertentangan dengan akhlak dan norma hidup masyarakat
timur amnya dan Malaysia khususnya. Budaya seks bebas dan gay merupakan contoh
yang jelas.
Saban hari kita dapat menatap di dada akhbar dan dapat mendengar
berita di radio dan televisyen tentang masalah yang dialami oleh remaja kita
seperti melepak, seks bebas, buang bayi, memakai pakaian yang bukan sahaja
tidak menutup aurat malah berunsur seksi. Tegasnya globalisasi merosakkan
budaya dan norma hidup masyarakat kita yang dipandang mulia seperti kata
peribahasa biar mati anak, jangan mati adat.
3.1.3 Aspek Politik Negara
Implikasinya dari aspek
politik ialah politik menjadi tidak stabil memyebabkan sistem pentadbiran
negara menjadi kucar-kacir. Selain itu juga suasana politik menjadi tidak telus
dan kotor dengan rasuah. Oleh itu keadaan ini akan menjadikan negara pincang
dan lemah. Di samping itu, negara tidak dapat untuk membuat sesuatu keputusan
melainkan mereka mendapat persetujuan daripada kuasa Barat. Ini menunjukkan
bahawa negara-negara membangun akan sentiasa ditindas diberi layanan yang tidak
adil oleh kuasa besar (Ghazali Darussalam, 2001)
3.1.4 Aspek Media
Implikasi dari aspek media
pula, masyarakat Islam di seluruh dunia menghadapi kesulitan untuk menonjolkan
diri kerana pihak media Barat sentiasa memburuk-burukkan rakyat Islam dengan
pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya seperti pengganas, pemberontak dan
sering menimbulkan kekecohan. Hal ini akan menyebabkan negara-negara lain memandang
serong terhadap bangsa Islam dan ini akan menjejaskan hubungan politik yang
terbina pada sebelum ini.
Jika hubungan yang dibina itu terputus, maka hal ini akan
menjejaskan sumber ekonomi negara tersebut. Ekonomi sesebuah negara amat
penting untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Negara yang mundur
akan ditindas oleh kuasa-kuasa besar seperti negara Barat. Negara Barat
menggunakan media sebagai senjata utama untuk menguasai dunia.
3.1.5 Pendidikan
Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa
semakin sedikit. Hal ini kebanyakan maklumat dalam bahasa Inggeris. Hal ini
akan memberi kesan kepada bahasa Melayu semakin dipinggirkan. Perkara ini telah
menyebabkan ramai masyarakat
terutamanya para pelajar tidak dapat
menguasai bahasa Melayu dengan baik. Terutamnya masyarakat Cina dan India yang
juga merupakan rakyat Malaysia.
Jati
diri rakyat Malaysia terhadap bahasa semakin menipis. Kesan negatif ini juga
boleh dilihat apabila ramai remaja pada masa kini khususnya di Malaysia
menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris. Mereka beranggapan bahawa penggunaan bahasa rojak ini adalah
dipandang tinggi dalam masyarakat. Jelaslah pengaruh globalisasi dari segi
negatif amat ketara dalam hal ini (
K. Ratnam, 1998).
3.2 IMPLIKASI POSITIF GLOBALISASI TERHADAP NEGARA MALAYSIA
Negara-negara Asia Pasifik yang tergolong dalam
kelompok negara sedang membangun dan negara mundur tidak mempunyai modal yang
cukup untuk menggerakkan sektor ekonomi moden khususnya sektor industri . Industri berteknologi
tinggi (HITEC) misalnya amat memerlukan modal yang banyak. Arus globalisasi
akan membawa banyak modal luar yang sudah tentu mampu menggerakkan
pertumbuhan ekonomi negara yang menerima kemasukan pelabur.
3.2.1 Suntikan Modal Asing
Suntikan modal asing membolehkan industri di
negara membangun berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat,
masalah pengangguran dikurangkan, meningkatkan taraf hidup dan memutuskan
lingkaran kemiskinan yang selama ini menghimpit negara-negara sedang
membangun.Negara sedang membangun terpaksa bergantung kepada pelaburan swasta
dari negara kapitalisme baru.Misalnya pada tahun 1996, aliran modal masuk dari
Amerika Syarikat dan Eropah ke negara-negara sedang membangun adalah berjumlah
US$ 1.2 Trilion dan membentuk hampir 60 peratus daripada jumlah modal yang
terkumpul di negara-negara sedang membangun.
3.2.2 Pemindahan
Teknologi bertambah Pesat
Seterusnya, globalisasi juga menggalakkan
pemindahan teknologi, kepakaran, dan R&D (Penyelidikan Dan Pembangunan).
Selain modal, tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar juga
menjadi penghalang utama sebahagian besar negara-negara sedang membangun untuk
maju dalam sektor ekonomi moden. Melalui globalisasi, kemasukan teknologi moden
dan pemindahan kepakaran dari negara-negara yang lebih maju seperti Jepun,
Amerika Syarikat, Jerman, dan lain-lain ke Negara kita dapat dilaksanakan
dengan lebih cepat.
Rakyat
tempatan dikehendaki mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan
lanjutan dan usahasama dalam konteks R&D tenaga manusia. Lama-kelamaan
kepakaran akan mampu dimiliki oleh rakyat tempatan yang kelak boleh digunakan
untuk membangunkan negara. Hal ini boleh dilihat kesannya apabila Negara
Malaysia sendiri boleh mengeluarkan kereta jenama sendiri seperti Proton Saga.
3.2.3 Meluaskan Pasaran
Globalisasi juga meluaskan pasaran.
Penghapusan Dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok
penimbal, serta provokasi pasaran akan memberi peluang kepada produk negara
sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. Hal
ini kerana globalisasi menuntut mekanisme pasaran yang terbuka, adil, dan
telus.
Justeru,
negara sedang membangun di Asia Pasifik yang telah menghasilkan produk industri
seperti Malaysia, Thailand, China dan Singapura memperoleh keuntungan melalui
pengukuhan rangkaian pasaran, persaingan yang sihat, harga pasaran yang lebih
stabil dan sebagainya. Di Asia Tenggara, pengenalan AFTA merupakan satu
realisasi daripada arus globalisasi. Kesan-kesan positif daripada perluasan
tersebut dapat dinikmati secara bersama sehingga pada hari ini.
3.2.4 Meningkatkan
Daya Saing Negara
Globalisasi juga mampu meningkatkan daya saing
negara dan peningkatan kualiti barangan. Melalui globalisasi, pembukaan kawasan
pasaran dan perdagangan yang seluas-luasnya menyebabkan produk-produk negara
seperti perindustrian dapat dipasarkan dengan meluas. Dengan hak yang sama,
mekanisme pasaran yang terbuka, adil dan telus harga produk akan akan menjadi
lebih stabil. Keadaan ini kerana globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa
pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dalam urus niaga barangan dan
perkhidmatan. Pilihan sesuatu barangan terletak di tangan pengguna tanpa
melibatkan tekanan dan kongkongan dari mana-mana pihak.
3.2.5 Sistem pendidikan bertambah maju
Sistem
pendidikan akan terus maju dengan adanya internet. Hal ini kerana pelajar akan
senang mencari maklumat yang diperlukan dalam pembelajaran yang dijalankan,
pelajar hanya perlu untuk menaip maklumat yang ingin dicari dalam internet. Selain daripada itu pendidikan jarak jauh
dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau luar negeri. Hal ini
kerana kemudahan pembelajaran jarak jauh yang baik. Pelajar tidak perlu pergi
ke pusat pengajian untuk menghadiri kuliah. Sebaliknya hanya melalui komputer
dengan disambungkan dengan kemudahan internet. Pendidikan bertaraf dunia dapat
di wujudkan di Malaysia dalam era globalisasi ini (Azhar Hj. Aros, 2004).
6.0 RUMUSAN
Tamadun China merupakan
sebuah tamadun yang terkenal dengan sistem pendidikan yang statik, berketurunan
atau jenis pendidikan formal yang paling lengkap di dunia. Salah satu ciri
nyata pendidikan tradisional China ialah menyediakan pelajar untuk mengambil
tiga peringkat ijazah akademik dan tiga tahap peperiksaan. Nyata pengaruh
peradaban Tamadun China dalam pendidikan di Malaysia ternyata jelas apabila
banyak unsur dalam pendidikan di China diasimilasikan dalam pendidikan di
Malaysia, salah satunya ialah pendidikan di Malaysia juga menyediakan peringkat
tertinggi Pendidikan Ijazah Sarjana Muda setaraf dengan ijazah pertama di China
atau Hsiu Tsai. Malaysia juga menawarkan Ijazah Sarjana yang setaraf dengan
ijazah peringkat kedua iaitu Chun-Jen. Manakala, ijazah peringkat ketiga di
tamadun China adalah setaraf dengan Doktor Falsafah di Malaysia.
Selain
itu, arus globalisasi pada masa kini juga banyak memberikan kesan sama ada
kesan positif maupun kesan negatif kepada Negara Malaysia. Globalisasi telah
menjadikan perhubungan manusia menjadi lebih cekap dan lebih cepat. Hal ini
menjadikan Negara kita Malaysia dapat membangun dengan lebih cekap. Namun itu,
di samping kesan positif yang kita perolehi, terdapat juga kesan negatif yang
ternyata jelas dalam arus globalisasi ini salah satunya ialah pencemaran
terhadap budaya tempatan yang mementingkan kesopanan.
Sehubungan
itu, kewujudan Tamadun China dan Tamadun India juga dapat dibuktikan dengan
pelbagai monumen yang masih wujud dari dahulu sehinggalah sekarang. Sebagai
contoh, dalam Tamadun China bukti jelas kewujudan tamadun ialah Tembok Besar,
penggunaan kertas dan penggunaan Kompas. Manakala, tamadun India pula dapat dibuktikan
kewujudan tamadunnya dengan wujudnya monumen seperti Golden Temple, Taj Mahal
dan bandar Mohenjo-Daro yang sememangnya terkenal diseluruh dunia pada kini.
Interaksi antara tamadun
banyak memberikan kesan positif maupun kesan negatif dalam sesebuah tamadun
itu. Sebagai contoh, interaksi antara tamadun China dan India telah banyak
memberikan kesan positif maupun kesan negatif kepada kedua-dua tamadun
tersebut. Diantara kesan positif yang diperolehi oleh tamadun China kesan interaksi sosial dengan tamadun India
ialah pertukaran teknologi pengeluaran gula dari tebu dan ilmu astronomi serta
ilmu kesusasteraan. Manakala, tamadun India pula mendapat manfaat daripada
interaksi sosial dengan Tamadun China iaitu mengetahui ilmu membuat kertas,
bahan letupan dan penggunaan kompas dalam tamadun China.
Akhir sekali, asimilasi Tamadun China juga dapat dilihat
dari falsafah Taoisme. berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Walaupun
falsafah ini bertentangan dengan ajaran confusion namun terdapat beberapa aspek
yang diasimilasikan dalam Negara Malaysia iaitu Lao Tze mengatakan bahawa
perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak
dan tidak rasional. Masyarakat Malaysia mengamalkan konsep bantu-membantu
walaupun berlainan bangsa. Nilai ini sangat penting supaya tidak ada kaum yang
mementingkan kepentingan kaum itu sendiri tetapi juga memikirkan kepentingan
kaum lain yang terdapat di Malaysia.
7.0 REFLEKSI
Setelah
tiba di bahagian refleksi ini, sekali lagi saya mengucap syukur kepada Tuhan
kerana dengan limpah berkatnya, saya berjaya melaksanakan tugasan ini dengan
baik. Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada pensyarah pembimbing
saya, Ustazah Zulina Binti Zawawi dan Ustaz Khalid Bin Sa’at seterusnya kepada rakan-rakan yang saya
kasihi sekalian.
Menyentuh tentang refleksi saya
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak perkara-perkara baharu
yang telah saya terima yang mana saya kira mampu membina diri saya dalam
menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang dalam era ketamadunan kita pada masa
sekarang. Mengimbau semula sejarah tamadun-tamadun yang terdahulu, sememangnya
terdapat banyak nasihat dan iktibar yang boleh saya ambil sekiranya saya
menggunakan akal fikiran saya dengan sebaiknya.
Huraian tentang konsep, definisi,
ciri-ciri dan objektif tamadun adalah sesuatu perkara yang mungkin boleh
dipandang perkara yang remeh-temeh namun apabila saya menghayati tentang apa,
mengapa, siapa dan bagaimana sebenarnya tamadun itu, saya dapati bahawa tujuan
sebenar tamadun adalah membimbing setiap manusia ke arah kebaikan. Oleh yang
demikian, secara individu, saya mencabar diri saya untuk menghargai makna dan
perjuangan tamadun ke arah membentuk kehidupan manusia agar saya dapat
memperbaiki kehidupan saya sendiri dari masa ke semasa.
Selain daripada itu, perbincangan
tentang sumber Tamadun Islam telah memberi kesedaran kepada saya tentang betapa
telusnya sesuatu tamadun itu. Dalam erti kata yang lain, sesuatu tamadun
khususnya tamadun Islam itu telah berdiri dengan penuh keyakinan dan
kesempurnaan apabila tamadun ini meletakkan asas-asas yang kukuh dalam
pembentukan tamadunnya iaitu berpandukan al-Quran, as-Sunnah, akal, penemuan
dan penyempurnaan semula.
Sekiranya saya membandingkan tamadun
Islam yang telah diterangkan dengan cara hidup masyarakat pada zaman sekarang,
saya sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya cara hidup yang masyarakat
zaman sekarang ini khususnya para remaja jalani. Saya dapat melihat betapa
terpesongnya kehidupan zaman sekarang daripada ketamadunan yang sudah sedia ada
pada zaman awal lagi. Bagi diri saya sendiri, saya akan berjanji untuk berpaut
kepada asas tamadun yang benar agar saya sendiri tidak hanyut ke arah
kemunduran tamadun seterusnya saya mampu mencapai tangan mereka yang sedang
hanyut supaya mampu kembali ke arah tamadun yang benar.
Seterusnya, perbincangan tentang
interaksi antara tamadun menarik perhatian saya apabila melihat wujudnya
pelbagai jenis kesan positif dan negatif susulan daripada interaksinya. Hasil
daripada dapatan saya, perkara yang penting dalam memastikan wujudnya senario
sihat dalam proses interaksi tamadun ialah sifat keterbukaan dan sifat
mengutamakan kepentingan sejagat. Bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk, saya sedar bahawa semua pihak harus mempunyai sifat
keterbukaan dan mengutamakan kepentingan sejagat supaya kita dapat hidup dalam
suasana yang harmonis dan aman damai.
Dalam konteks bilik darjah, sebagai
seorang guru, saya harus bersikap terbuka dan sensitif terhadap batas-batas
keterbukaan agar saya tidak mengganggu mana-mana pihak sama ada di kalangan
guru, murid mahupun ibu bapa. Saya yakin, apabila saya tidak mengutamakan
kepentingan sejagat dalam kerjaya saya sebagai seorang guru, saya boleh mengeruhkan
keadaan masyarakat setempat.
Dalam hal yang lain, saya mendapati
bahawa terdapat persamaan nilai atau nilai universal yang dikongsi setiap
tamadun sebagai contohnya, kesemua tamadun Islam, India dan Cina sangat
mementingkan aspek hubungan kekeluargaan. Hal ini membuktikan kepada saya
betapa pentingnya keluarga itu dalam kehidupan kita. Oleh yang demikian, saya
harus menghargai keluarga yang saya miliki dan berusaha untuk menjamin
keselamatan dan kebahagiaan keluarga saya. Selain itu, peranan agama Islam
dalam membantu pembinaan Tamadun China harus saya contohi.
Akhir sekali, tugasan ini telah
memberikan saya lebih banyak input tentang sejarah tamadun dan bukti-bukti
tamadun yang terdahulu. Kehebatan reka cipta, keindahan seni bina membuat saya
sedar bahawa betapa agungnya Tuhan yang telah membekalkan akal fikiran sempurna
kepada makhluk manusia. Dengan itu, amatlah besar harapan saya agar saya secara
peribadi dapat menggunakan akal fikiran saya untuk melakukan sesuatu perkara
yang bermanfaat kepada saya dan juga masyarakat di sekeliling saya.
8.0 SENARAI RUJUKKAN
Azhar Hj.
Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS),
Kertas
1 Dan 2. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Esa Khalid
& Mohd. Azhar Abd Hamid. (2004). Beberapa
Aspek Tamadun
Melayu, India, China dan
Jepun. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Ghazali Darussalam (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala
Lumpur. Utusan Publications &
Distributors.
K.Ratnam
(1998), Sejarah Kertas 940/2 (Malaysia,
Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Timur).
Kuala Lumpur: The Commercial Press Sdn. Bhd.
Mahdi Bin
Shuid. (2013). Ketamadunan Manusia.
Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd
Mahayudin
Hj. Yahaya. (2001). Tamadun Islam (Edisi
Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Mohd Liki
Hamid. (2003). Pengajian Tamadun Islam.
Pahang: PTS
Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Mustafa Hj.
Daud. (1999). Tamadun Islam: Edisi Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Samri Sainudin (2003). Titas Tamadun Melayu. Tanjong Malim.
Quantum Books.
Tree Builder. Kepentingan Wujudnya Interaksi Positif.
Di akses pada 16 September 2014
di http://treebuilder.blogspot.com/2010/12/kepentingan- wujudnya-i nteraksi-positif.html
Tree Builder. Tamadun India dan Hubungannya dengan agama.
Di akes pada 16 september 2014 dihttp://treebuilder.blogspot.com/2010/12/tamadun- india- dan- hubungannya-dengan.html
No comments:
Post a Comment